Tips Penjagaan Komputer Riba Anda
Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera,
Okay , Hari ni Zul terasa macam
nak berkongsi sesuatu dengan anda semua .
Benda ni selalu korang semua
kurang titik beratkan , ia mengenai penjagaan komputer riba anda .
Dekat sini Zul nak kongsi serba
sedikit tips untuk kebaikan komputer riba korang. (*maaf ayat skema)
Yang pertama ,
KEYBOARD
Digalakkan menggunakan
"getah pelindung keyboard" untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki
habuk dan takut tertumpah apa2 cecair ke dalam rongga keyboard .
Beli pembersih keyboard yang
macam span basah dalam botol ( Tak silap la ) bagi mencuci permukaan keyboard
supaya tidak terlalu kotor .
Lakukan pembersihan sekurang
kurangnya sebulan sekali .
BATERI
Penjagaan bateri komputer riba amat penting
bagi mengelakkan kerosakan , Oleh itu , apabila bateri sudah dicas penuh ,
gunakan "Direct Current " dari adapter .
Pastikan bateri di bawah 15%
sebelum dicas semula
SKRIN LCD
Sentiasa lap permukaan skrin
supaya habuk tidak melekat.
Digalakkan menggunakan
"Screen Saver"
Jangan tekan skrin dengan
sebarang objek bagi mengelakkan "Dead Pixel"
Penggunaan beg laptop amat digalakkan .
Sekira berlaku sebarang kerosakan
pada komputer riba anda , sila hantar ke bengkel laptop yang berdekatan bagi
mendapatkan rawatan susulan ,
Sekian dari saya , Zul
Assalamualaikum , dan berhati -
hati ketika menunggang ,
Anda Mampu Mengubahnya .

No comments:
Post a Comment