Tips menjaga Bateri:
1-Cajlah batteri handphone sampai benar-benar penuh.
Jangan cabut caj sebelum batteri benar-benar penuh tau. Biar benar-benar penuh.
2- Ada baiknya pengecajan dilakukan dalam keadaan mati/tak aktif.
Sangat bahaya melakukan pengecasan dalam keadaan hidup. Hal ini akan menyebabkan battery membengkak.
3-Kalau caj tu, biarkan ia sendiri. Leave him alone.
Jangan nak gatai tangan tu nak main-main handphone bila dah caj. Ni bila caj la, sibuk nak tekan itu ini kat handphone tu. Kalau tak caj, tak ada pula nak tekan apa-apa. Potong jari tu kang.. Haha~
Bukan apa, kalau buat macam tu, akan memendekkan jangka hayat handphone kesayangan korang tu dan baterinya cepat down. Kalau nak rasa bateri cepat down, sila amalkan bila caj, pergi main handphone ye. Wakaka~
Tak pun, paling teruk meletup. Kan ada kes berdarah telinga dek kerana handphone meletup ketika menjawab panggilan, tengah caj. Ini berlaku di Perak.
4-Paling selamat, cabut bateri dan caj luar.
Hal ini akan membuatkan telefon dan bateri tahan lebih lama. Tapi aku tak suka macam ni, sebab tak dapat nak tengok handphone tu dan kena setting time balik. Haha~
5-Sehari boleh caj sekali sahaja.
Jangan caj banyak kali. Sebab handphone memang tersedia ada tempoh tersedia berapa lama seperti mesej berapa lama, berbual 5-6 jam, melayari internet 12 jam. Korang tak tau? Sila cek buku dalam kotak handphone korang tu.
6-Ada juga yang mempercayai umur bateri standardnya bergantung kepada berapa kali dicaj. Seeloknya, caj bila bateri hampir-hampir habis, (bukan setengah ya) cajlah sampai penuh. Juga, jangan terlebih caj. Bateri akan lemah jugak. Hal ini kerana, apabila kerap dicaj, bateri akan semakin tua.
7- Matikanlah fiture-fiture (perkakasan) yang tidak perlu/tidak digunakan.
Contohnya, Bluetooth, infra red, Wlan wi-fi,etc
8- Jangan sering menghidup-mematikan handphone.
Ini biasanya bila geram pada seseorang. Berharap dia akan call tapi matikan handphone. Lepas tu gedik nak buka on balik. Bila tak dapat apa-apa respon dari dia, matikan balik. Hahaha~ Cepat mengaku sape yang buat?
Lain kali, kalau nak buat macam tu, tak payah off tapi cukuplah sekadar silentkan. Kan tak de pape bunyi jugak. Tak pun, tinggalkan handphone dalam sarung bantal. Ekeke~ petua terbaru ni. Lepas tu, kalau hilang, sendiri la bertanggung jawab k. Wahaha~
9- Gunakanlah cajer (charger) original dari vendor handphone masing-masing.
Pastikan korang check dulu. Kalau Nokia tu pastikan ianya Zitron. Apa pun, pastikan ada kelulusan Sirim, ya. Kalau tak kang, tengah caj meletup pulak. Kan banyak kes tu dulu. Sekarang ni dah senyap pula.
10- Jangan selalu mencaj telefon bimbit anda di kenderaan.
Masa mengisi bateri dalam kenderaan, kita menggunakan pemantik api sebagai sambungan. Voltase pada kenderaan selalu tidak stabil, sehingga dapat mengakibatkan
tidak stabilnya arus masuk ke dalam bateri.
11. Jika umur bateri telah lebih dari enam bulan, selalulah membersihkan pin dan Connector bateri dengan cotton bud atau tisu.
12- Pada pengaturan (setting) sensor cahaya (display sensor setting), pilih pengaturan minimal
13- Gunakanlah aplikasi penjimat daya battery seperti smart battery saver, ion battery timer, barrety extender, dan lain-lain.
Ia akan membuatkan bateri tahan lama. Bukannya akan menggunakan bateri. Nak kekalkan keadaan screen handphone anda tu la yang makan batery. Sila pasang screen saver ye.
14- Elakkan penggunaan memori telefon yang terlalu banyak.
Padamlah mesej, lagu, video, gambar dan aplikasi yang tidak digunakan lagi.
Jangan terlalu banyak memasukkan video porno, sebabnya bikin ketagihan dan hal ini menyebabkan batteri cepat habis dan akhirnya harus dicaj ulang.
Padahal setiap handphone kebanyakan memiliki umur tertentu (sumber: ), apalagi video seperti begini berdosa kalau ditonton
15- Jauhkanlah dari jangkauan anak-anak dan pencuri
Kerana apa? Kalau kanak-kanak tu buat telefon bimbit anda sebagai biskut Oreo dan celup dalam air sirap, korang juga yang menangis tak berlagu. Hehe~
Adakah korang mahu handphone kesayangan tu rosak dan dicuri? Sudah tentu tak mahu, kan? Jadi elakkan ye.
Jangan pernah menganggap hal bateri adalah remeh kerana secanggih apapun handphone anda tiada gunanya kalau baterinya tidak baik. Asyik kena caj jer atau paling teruk jap saja hidup, terus mati. Lebih baik buang saja handphone tu kat laut. Haha~

No comments:
Post a Comment